Real Estate Template AE Books Enterprise - KT02033783-A

Website Yang Mesti Dilayari Oleh Sesiapa Yang Beranggapan Bahasa Arab Adalah Susah Dan Membosankan!!!

Buku Bersiri "Bahasa Arab Mudah" membantu anda menguasai bahasa Arab peringkat asas dan pertengahan.

Bahasa Arab susah dan membosankan!! Kini Tidak lagi!! Buku bersiri Bahasa Arab Mudah bermula dari asas dan tidak menggunakan kaedah hafalan daripada penulis yang hanya mula belajar bahasa Arab ketika berusia 28 tahun!

Kelas di Radio IKIM- sebahagian pembelajaran dari buku Bahasa Arab Mudah
Kelas di Radio IKIM- sebahagian pembelajaran dari buku Bahasa Arab Mudah
 

 

"Buku yang ditulis dari dari kajian, pemerhatian dan pengalaman untuk pembelajaran mudah bahasa Al-Quran daripada paling asas. Buku yang sangat membantu sesiapa yang berminat walaupun belum pernah mempelajari bahasa Arab sebelumnya. Selamat tinggal kepada susah dan bosan. Laluilah pengalaman pembelajaran yang mudah, menyeronok tetapi berkesan dari buku bersiri Bahasa Arab Mudah."

 


 


Gambar buku terbaru(cetakan 2012) adalah di sebelah kanan anda.
Klik Kulit Buku sebelah kanan untuk melihat paparan 4 mukasurat pada setiap buku bersiri Bahasa Arab Mudah.

 

Facebook.com/arabmudah

Pembelajaran tambahan dari Ustaz Noorli di facebook.com/arabmudah. Tekan like sekarang.

HEBAHAN

(1) Kami berada di Pameran Buku Antarabangsa di PWTC, KL dari 24 April hingga 4 May 2014. Kami berada di Ruang Legar, booth 007 atas nama Bahasa Arab Mudah. Dapatkan set lengkap Bahasa Arab Mudah dengan harga yang paling istemewa. Layari facebook : facebook.com/arabmudah

(2) Pembelajaran Bahasa Arab menggunakan buku bersiri Bahasa Arab Mudah kembali lagi di radio IKIM.

- Masa : Hari Rabu, minggu 1 dan minggu 3, jam 6.15 petang( 2 kali sebulan)

- Pelajaran akan datang - 7 May 2014, hari rabu, jam 6.15 petang

(3) Set lengkap terkini Buku Bersiri Bahasa Arab Mudah terkini adalah seperti di bawah :

1. 8 buah Buku Bersiri Bahasa Arab Mudah - Buku 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, kamus bergambar dan buku perbualan.

2. 1 CD bacaan lengkap buku 1 hingga buku 6(versi mp3)

3. 2 CD pembelajaran di Radio IKIM untuk buku 1 hingga buku 6(versi mp3).

* 8 buku(RM160) + 3 cd(Rm45) + Kos Penghantaran Pos Laju = RM20


*Jangan Bayar RM245
*Harga Tawaran Sekarang RM200
*Penghantaran dengan pos laju Malaysia

*Klik "BELIAN" untuk maklumat pembelian

 

Ustaz Noorli Telah Dijemput Untuk Ceramah Motivasi Bahasa Arab kepada Sebahagian Mahasiswa Di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai

Penulis telah dijemput memberi ceramah pendedahan Bahasa Arab Mudah Di USIM, Nilai pada 17 April 2013. Alhamdulillah, mahasiswa universiti mendapat semangat baru dalam mempelajari Bahasa AlQuran.


 

Ustaz Noorli Telah Dijemput Untuk Siri Pendedahan Bahasa Arab Mudah Di Universiti Malaysia Sabah(UMS), Sabah

Penulis telah dijemput memberi ceramah pendedahan Bahasa Arab Mudah Di UMS, Sabah selama 2 hari pada 13 dan 14 Mac 2013. Penulis juga berkempatan memberi ceramah motivasi kepada sebahagian pelajar di sana, Sila lihat testimoni sebahagian dari peserta kursus.


 

Antara Testimoni Peserta Kursus di UMS, Sabah

"Saya mengucapkan terima kasih atas pengajaran Ustaz Noorli selama 2 hari disini. Saya sangat teruja untuk belajar Bahasa Arab. Ia betul. Saya telah khatam AlQuran sebanyak 2 kali tetapi saya tidak tahu lansung makna AlQuran yang saya baca selama ini. Semoga niat saya untuk belajar Bahasa Arab tidak luput di hati. Syukran Ustaz." - Munira Marasan, Jabatan Perpustakaan, UMS.

"Terima kasih diatas pengajaran ustaz yang mudah difahami. Saya sebenarnya telah mempelajari Bahasa Arab sejak dari Tingkatan 1 hingga Universiti. Walaubagaimanapun, penggunaan dan penguasaannya untuk tujuan peperiksaan semata-mata. Tambahan pula, saya merasakan pembelajaran Bahasa Arab susah terutamanya melibatkan nahu. Namun, dengan pejelasan dan pendedahan yang ustaz telah sampaikan membuatkan saya kembali bersemangat untuk mempelajari Bahasa Arab. Syabas dan Tahniah, ustaz." - Noorisah Taljid, UMS.

"Pembelajaran Bahasa Arab Mudah adalah amat menarik serta penyampaian yang berkesan. Justeru diharapkan pada masa hadapan, kursus ini perlu diadakan lebih dari 2 hari atau sekurangnya 1 minggu. Latihan yang diberi adalah mudah difahami. Objektif pencermah telah terlaksana dengan jayanya." - Zalhanim binti Razali, UMS.

 

Ustaz Noorli Memberi Ceramah Motivasi Kepada Pelajar Sekolah Agama Di Ekspo Buku Islam 6 di PutraJaya

Penulis bersama pelajar-pelajar Sekolah SMKA memberi ceramah MOTIVASI BAHASA ARAB dan cara mudah pembelajaran Bahasa Arab di Ekspo Buku Islam 6, di Putrajaya pada 27 Feb. 2013. Alhamdulillah, penulis dapat mengembalikan semangat pelajar-pelajar dalam mempelajari bahasa Al Quran.

 

 

Ustaz Noorli Telah Dijemput Untuk Memberi Kursus Pengajaran Bahasa Arab Kepada Guru-guru Bahasa Arab di Madrasah Nuur, Kuala Lumpur

Penulis telah dijemput memberi kaedah mudah dan berkesan pengajaran Bahasa Arab kepada guru-guru Bahasa Arab di Madrasah Nuur pada bulan Januari 2013 selama 2 hari. InsyaAllah, buku Bahasa Arab Mudah akan diguna pakai di Madrasah ini.

 

 

Berita Kem Motivasi di SMKA Slim River, Perak

Penulis bersama pelajar-pelajar PMR di SMK Agama Slim River, Perak di KEM MOTIVASI BAHASA ARAB jemputan sekolah ini selama 1 hari pada hari khamis, 22 Mac 2012 bagi memotivasi dan merpermudahkan pembelajaran bahasa Arab

 

Klik Disini Untuk Lihat Testimoni pelajar-pelajar

"Sebelum ini saya sangat tidak faham bahasa Arab dan banyak tinggalkan kosong dalam peperiksaan tanpa menjawabnya. Selepas motivasi dengan Ustaz Noorli, saya rasa bahasa Arab ini mudah. Saya juga telah membatalkan hasrat untuk pindah sekolah selepas PMR kerana bebanan bahasa Arab." - Mohammad Hafiz Bin Abdul Halim, 3 Ibnu Rusyd, SMK Agama Slim River, Perak.

"Saya telah belajar bahasa Arab selama 9 tahun dari tahun 1 hingga tingkatan 3 tetapi tak faham dan tidak minat bahasa Arab. Saya banyak kali dapat gred E dalam peperiksaan. Selepas program motivasi dengan ustaz Noorli, saya rasa bahasa Arab mudah dan best. InsyaAllah, saya yakin tidak akan gagal lagi selepas ini." - Nurulain Iwana bt. Mohamad Kamal, 3 Ibnu Rusyd, SMK Agama Slim River, Perak.

"Untuk pengetahuan ustaz, saya tidak pernah lulus bahasa Arab selama 3 tahun saya di sekolah. Selama saya hidup, saya juga tidak pernah berfikir untuk belajar bahasa Arab. Namun setelah hadir motivasi bersama ustaz Noorli, hati saya terbuka untuk mempelajari bahasa Arab. Syukran." - Mohammad Rushdan Kamillulah, SMK Agama Slim River, Perak.

 

Berita Kem Motivasi di SMKA Kerian, Perak

Penulis bersama pelajar-pelajar PMR di SMK Agama Kerian, Perak di KEM MOTIVASI BAHASA ARAB jemputan sekolah ini selama 1 hari pada hari Selasa, 10 Julai 2012 bagi memotivasi dan mempermudahkan pembelajaran bahasa Arab

 

"Sebelum ini saya tak minat bahasa arab. Bila ustaz @ ustazah masuk kelas, saya rasa tak seronok. Kerja sekolah saya tak tahu nak buat dan saya tiru dari rakan. Saya cuba belajar dari rakan tapi masih tak faham. Bila ujian, subjek bahasa arab adalah yang bermasaalah. Selepas saya masuk kem bahasa arab ini, saya sangat bersemangat untuk belajar bahasa arab bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi sampai bila-bila. InsyaAllah saya akan dapat keputusan cemerlang nanti. Saya akan belajar sehingga mahir dan berjaya. Terima kasih kerana telah membuka hati saya untuk belajar bahasa arab. Syukran ustaz." - Muhammad Alif bin Azmi, 2 Bukhari, SMK Agama Kerian, Perak.

"Saya Dulu tidak minat bahasa arab dan susah untuk memahaminya. Selepas bengkel ini, saya rasa sangat bersemangat untuk mempelajarinya dan saya ingin berjaya dalam matapelajaran ini. Saya ingin memahami bahasa al-quran. Syukran ustaz." - Nurul Rahmah Hanis Bt. Safaruddin, 2 Haiytham, SMK Agama Kerian, Perak.

Buku Bahasa Arab Mudah di Indonesia

Setelah yakin dengan keberkesanan Buku Bahasa Arab Mudah, akhirnya buku ini telah diguna pakai di Yayasan Islamic Center Iqro' di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Justeru itu, penulis telah dijemput untuk memantap pengajaran guru guru bahasa arab di Indonesia pada 18, 19 dan 20 Februari lepas.

 

Penulis bersama pentadbir, mudir dan sebahagian dari guru-guru bahasa arab di seminar pengajaran di yayasan Iqrak di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia pada 18 dan 19 Februari lepas

 
Penulis dalam satu ceramah kepada guru-guru bahasa Arab jemputan
Jabatan Pelajaran Johor

 
Penulis bersama peserta bengkel iaitu guru-guru bahasa arab sekolah menengah agama jemputan Jabatan Agama Negeri Johor selama 1 hari pada 17 Jan 2011 di hotel katerina, Batu Pahat, Johor

 
 

------------------------
Adakah Anda Seorang Dari Mereka?
-----------------------

*Individu yang telah berusaha mempelajari bahasa Arab (mungkin telah memasuki banyak kelas bahasa Arab) sebelum ini tetapi tidak berjaya?

*Guru bahasa Arab yang tidak tahu dimanakah titik mula pengajaran bahasa Arab dari asas dan cara mudah, menarik dan berkesan untuk mengajar anak murid anda?

*Ibubapa yang ingin mengajar anak-anak di rumah tetapi tidak tahu caranya kerana tidak ada asas bahasa Arab?

*Pelajar yang telah lama mempelajari bahasa Arab tetapi masih lemah dan tidak berkeyakinan walaupun untuk membuat ayat-ayat senang yang lengkap?

------------------------
Ahh! Tak payah. Buku Ni Tak Sesuai Untuk Saya!
-----------------------
Biar saya beritahu anda sesuatu. Lihat kalimah ini:كِتَابٌ

Adakah anda dapat membaca satu perkataan arab ini? Jika tidak boleh, harap maaf, anda mesti mempelajari sedikit asas jawi seperti mempelajari buku Iqra' sebelum mempelajari buku ini. Jika boleh, ini bermakna buku bersiri Bahasa Arab Mudah ini adalah untuk anda. Ini adalah langkah pertama anda untuk mempelajari bahasa Arab dan langkah pertama anda dalam mencintai seterusnya menerokai pembelajaran bahasa Al Quran ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah langkah berikut ini.

Luangkan lebih kurang 15 atau 20 minit sehari(jauh kurang dari masa berbual kosong atau menonton tv) mempelajari buku bersiri Bahasa Arab Mudah dan lakukan 2 perkara penting ini:

1. Mulakan dari pelajaran 1 buku 1 sehinggalah ke akhir buku bersiri ini. Ingat, Jangan lompat. Turuti pembelajaran mengikut susunan tertibnya.

2. Lakukan semua latihan yang disediakan.

Hanya itu sahaja. Saudaraku, kaum muslimin dan muslimat, korbanlah sedikit masa mempelajari bahasa Al Quran ini. Apabila anda merasai keseronokan mempelajari bahasa Al Quran dari buku Bahasa Arab Mudah ini, tambahkan sedikit masa lagi dari semasa ke semasa. Lihatlah, insyaAllah, anda akan dapat menguasai asas bahasa Arab yang kuat.

------------------------
Masalah Lagi!!! Tak Mungkin Boleh!!! Anda Mungkin Mempunyai Alasan Berikut:
-----------------------

1. Saya hanya boleh baca dan tulis jawi sikit-sikit

Sudah memadai. Sistem ini tidak memerlukan kefasihan dalam pembacaan jawi. Tentang penulisan, membuat semua latihan yang disediakan akan mempertajamkan kemahiran dalam penulisan. Maknanya anda hanya perlu mempunyai sedikit asas sahaja dalam mengenal huruf jawi dan boleh membacanya jawi sedikit seperti kalimah iniكِتَابٌ

2. Saya tak kuat dalam hafalan sebab memori dah lemah

Sistem tidak memerlukan hafalan. Maknanya, anda tidak perlu menghafal.

3. Saya bukan guru bahasa Arab

Bahasa Arab bukan untuk guru bahasa Arab sahaja bahkan bukan untuk Orang Arab sahaja. Bahasa Arab adalah untuk seluruh orang islam, muslimin muslimat yang ingin memahami AlQuran dari sumber bahasa wahyu yang di turunkan oleh Allah iaitu dalam bahasa Arab.

4. Sibuk. Nanti pencen baru belajar.

Rebutlah peluang ini seperti makna hadeeth: Hidup sebelum mati, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan kelapangan sebelum sibuk.

Seperti yang dijelaskan, luangkan sebanyak lebih kurang 15 atau 20 minit sehari mempelajari buku ini pada permulaannya dan tambahkan sedikit demi sedikit bila minat dan kefahaman mula bertambah, insyaAllah anda dapat melihat kesannya.

Fikirlah:

Saya mempelajari bahasa Arab ketika berusia 28 tahun dan tidak tahu membaca dan menulis jawi sebelumnya (tetapi boleh baca Al Quran). Saya juga bukan berlatar belakang sekolah arab dan tak pernah mempelajari asas jawi atau arab semasa di bangku sekolah. Sekarang, seperti yang anda lihat, saya dengan izin Allah adalah pengajar dan penulis buku. Kalau saya boleh, mengapa tidak anda?

Demonstrasi dibawah oleh pelajar tahun 2 (berusia 9 tahun) yang bukan pelajar dari sekolah arab (pelajar dari sekolah kerajaan) dapat menguasai asas bahasa Arab dan membaca teks bahasa arab tanpa baris dengan lancar di hadapan guru-guru bahasa Arab di PPD Kota Bharu. Kalau dia boleh, mengapa anda tidak boleh?

------------------------
Demonstrasi Dari Seorang Pelajar Sekolah Rendah Tahun 2 Yang Mempelajari Buku Bahasa Arab Mudah Membaca Teks Bacaan Bahasa Arab Yang Ditulis Tanpa Baris Di Hadapan Guru-Guru Penyelaras Dan Setiausaha Kelas KAFA Di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu, Kelantan
-----------------------

 

 

------------------------
Mengapa Buku Bahasa Arab Mudah Berbeza Dari Yang Lain
-----------------------
Pelajaran yang sangat senang difahami kerana bermula dari asas. Gambar-gambar berwarna yang disertai bersama perbendaharaan kata menjadikan pembendaharaan kata mudah diingat tanpa perlu menghafal dan mudah diikuti walaupun anda tidak pernah belajar bahasa Arab sebelum ini. Ingat!! Anda tidak menghafal.

Ayat-ayat ditulis dengan 3 warna, pengasingan pembelajaran muzzakar dan muannaz dan latihan selepas setiap pelajaran bersama jawapan yang lengkap sangat membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan.

Kamus bergambar bahasa Arab yang menarik menampilkan contoh-contoh ayat dari kebanyakan perbendaharaan kata dari buku bersiri Bahasa Arab Mudah.

------------------------
Buku Bersiri "Bahasa Arab Mudah" Mendapat Liputan Berita Harian
-----------------------

Keratan Berita Harian 25 Februari 2009, m/surat 33

------------------------
Pengenalan Tentang Penulis
-----------------------
Beliau adalah seorang yang tidak berlatar belakang sekolah Arab(tidak tahu menulis atau membaca jawi sebelumnya) dan hanya mula belajar bahasa Arab ketika berusia 28 tahun. Beliau bukanlah berkelulusan bahasa Arab dari mana-mana universiti dalam atau luar negeri. Namun demi cintanya kepada bahasa Arab(bahasa Al-Quran), beliau telah membuktikan minat dan kesungguhan boleh membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

Sistem Buku Bahasa Arab Mudah yang TIDAK MENGHAFAL, BERMULA DARI ASAS DAN SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR telah dikenali dan telah membawa satu perubahan besar dalam menjadikan Bahasa Arab bahasa yang mudah dan menarik untuk dipelajari oleh semua orang.

Beliau kini memberi pembelajaran Bahasa Arab di Radio IKIM. Sistemnya terbukti kerana pengacara, Maslina Alias hanya dapat memahami pembelajaran Bahasa Arab dari Ustaz Noorli semasa bersiaran. Ikuti pembelajarannya pada minggu 2 dan minggu 4, hari rabu jam 2.30 petang.(jadual tertakluk kepada perubahan). Maklumat lanjut tentang Ustaz Noorli dan Bahasa Arab Mudah sentiasalah layari www.arabmudah.com @ facebook.com/arabmudah.

Beliau telah pernah dijemput oleh JABATAN PELAJARAN NEGERI(JPN), PEJABAT PELAJARAN DAERAH(PPD), JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI, SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA untuk ceramah dan seminar kepada guru-guru bahasa Arab j-QAF dan KAFA di sebahagian negeri di Malaysia dan memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dan swasta. Pada tahun 2011 ini sahaja, beliau telah dijemput oleh Jabatan Agama Islam Johor untuk seminar kepada guru-guru Bahasa Arab sekolah menengah Negeri Johor. Beliau juga telah dijemput oleh Yayasan Islam Iqraq, Jawa Barat, Indonesia untuk seminar kepada guru-guru Bahasa Arab disana. Buku Bahasa Arab Mudah karangan beliau insyaAllah akan diguna pakai disana setelah “pilot project” yang diadakan selama setahun telah memberi kesan kepada pelajar-pelajar disana.

Beliau kini telah menghasilkan buku Bersiri Bahasa Arab Mudah dan sehingga kini telah menghasilkan 9 buah buku bersiri cd bacaan dan cd pembelajaran Bahasa Arab Mudah. Buku-buku ini telah dijadikan rujukan kepada kebanyakan guru-guru Bahasa Arab dan telah digunakan disekolah-sekolah swasta seperti Sekolah Rendah Islam ADNI, Taman Ukay, Selangor.

Sistem pembelajaran dari bukunya juga telah pernah diguna pakai dalam peperiksaan ujian pencapaian kelas KAFA oleh JAWATANKUASA BERSAMA MAJLIS GURU BESAR KOTA BHARU dengan kerjasama PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA BHARU.

Beliau juga telah mendapat penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas sumbangannya sebagai penceramah pedagogi bahasa Arab untuk guru agama pendidikan islam program j-QAF negeri Johor tahun 2006 dan penceramah bahasa Arab tahun 2007.

Dibawah, sijil penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas sumbangan penulis sebagai penceramah pedagogi bahasa Arab untuk guru-guru j-QAF. Disertakan juga sebahagian gambar seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab oleh penulis, Noorli Bin Mohd Noor.

 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

------------------------
Testimoni
-----------------------
"Alhamdulillah, setelah mengikuti kursus bahasa Arab ini, saya dapat mempelajari ilmu bahasa Arab dengan begitu mendalam walaupun saya mempunyai asas yang sedikit dalam bahasa Arab. Saya tidak berkeyakinan untuk mengajar dan bertutur dalam bahasa Arab. Saya menuntut di sekolah agama selama 5 tahun tetapi saya tidak dapat ilmu seperti yang diajar oleh ustaz Noorli. Semenjak mengikuti kursus ini, saya amat berminat untuk mempelajari bahasa Arab yang dulunya saya tidak berminat. Saya amat berharap agar dapat diadakan kursus bahasa Arab seperti yang disampaikan oleh ustaz Noorli!" - Shahriyatul Izzati Binti Shamsuri, peserta kursus di Jabatan Agama Islam Perlis

"Sekalung ucapan yang tidak terhingga daripada kami, warga Sekolah Kebangsaan Perol khususnya daripada guru-guru KAFA kepada penulis buku bahasa Arab, saudara Noorli Bin Mohd Noor. Apa yang kami cukup kagumi tentang penulis adalah beliau sebenarnya tidak berpendidikan sekolah Arab, namun mempunyai paradigma, halatuju, wawasan dan cita-cita memertabatkan bahasa Arab, bahasa Al-Quran ke puncak jaya. Hasil penulisan beliau telah menjadi rujukan kepada semua murid KAFA yang akan menduduki peperiksaan UPKK juga kepada sesiapa yang ingin mempelajari asas bahasa Arab." - Guru-guru KAFA, "in house training" Sekolah Kebangsaan Perol, Kota Bharu, Kelantan

"Saya adalah bekas pelajar di salah sebuah sekolah agama di Kelantan. Terus terang saya nyatakan bahawa pembelajaran bahasa Arab yang diajar di sekolah adalah amat sukar difahami dan tidak sesuai dengan pelajar-pelajar yang langsung tidak mempunyai asas bahasa Arab. Saya dapati saya lemah dalam bahasa Arab dan kurang berminat sehinggalah saya menghadiri kelas bahasa Arab kelolaan ustaz Noorli. Penguasaan saya dalam bahasa Arab adalah dengan bimbingan Ustaz Noorli walaupun saya hanya menghadiri kelas bahasa Arab bimbingan beliau sebanyak 3 kali seminggu. Cara pengajaran dan sistem Universiti Madeenah yang dibawa oleh beliau adalah menarik dan berkesan bukan sahaja kepada saya tetapi rakan-rakan kelas. Saya akhirnya mendapati bahawa bahasa Arab bukanlah suatu bahasa yang sukar untuk dipelajari tetapi mudah dan menarik kalaulah mengikut sistem atau kaedah yang betul. Bukti sistem dan pengajaran beliau yang berkesan adalah dapat dilihat dengan kejayaan saya yang akan mendaftar sebagai pelajar KURSUS ASASI BAHASA ARAB DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA selama 5 tahun bermula pada pertengahan May 2009 ini.Terimakasih Ustaz Noorli. Jasa mu ku kenang." - Muhd Dhiaq Bin Mohd Noor, pelajar UIAM Kursus Asasi Bahasa Arab

Saya amat bersyukur dengan bengkel bahasa arab hari ini. Saya juga adalah pendengar setia Bahasa Arab Mudah di Radio IKIM. Saya amat berminat mempelajari dan cuba memahami kaedah-kaedah mudah yang dijelaskan oleh ustaz Noorli. Saya amat berterimakasih kepada penganjur (Jabatan Agama Islam Johor) kerana menjemput Ustaz Noorli sebagai facilitator. Harapan saya semoga program ini dapat diteruskan." - Peserta bengkel Bahasa Arab anjuran Jabatan Agama Islam, Johor, Ustazah Norhabibah Mohd Yusof, Guru nahu dan sorof, SMA Attarbiah Al-islamiah, Batu Pahat, Johor

Pada pandangan saya, bengkel ini sangat bagus sekiranya disertai pelajar-pelajar sekolah. InsyaAllah, dengan cara ini, mereka akan dapat mengentahui cara untuk menguasai Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan. InsyaAllah, saya akan praktikkannya di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah." - Peserta bengkel Bahasa Arab anjuran Jabatan Agama Islam, Johor, Ustazah Siti Aisyah Bt. Idris, Guru Sekolah Arab, Johor Bharu

"Terima kasih kepada Ustaz Noorli yang telah banyak meningkatkan semangat saya untuk mempelajari bahasa Arab. Kini saya lebih gemar dan bersemangat untuk belajar bahasa Arab bukan sahaja untuk lulus dan mendapat A dalam peperiksaan tetapi juga untuk menggunakan dalam percakapan harian." - Nur Adila Bt. Zullkafli, 3 Taimiyyah, SMK Agama Slim River, Perak.

"Sebelum ini saya sangat tidak faham bahasa Arab dan banyak tinggalkan kosong dalam peperiksaan tanpa menjawabnya. Selepas motivasi dengan Ustaz Noorli, saya rasa bahasa Arab ini mudah. Saya juga telah membatalkan hasrat untuk pindah sekolah selepas PMR kerana bebanan bahasa Arab." - Mohammad Hafiz Bin Abdul Halim, 3 Ibnu Rusyd, SMK Agama Slim River, Perak.

"Saya telah belajar bahasa Arab selama 9 tahun dari tahun 1 hingga tingkatan 3 tetapi tak faham dan tidak minat bahasa Arab. Saya banyak kali dapat gred E dalam peperiksaan. Selepas program motivasi dengan ustaz Noorli, saya rasa bahasa Arab mudah dan best. InsyaAllah, saya yakin tidak akan gagal lagi selepas ini." - Nurulain Iwana bt. Mohamad Kamal, 3 Ibnu Rusyd, SMK Agama Slim River, Perak.

"Untuk pengentahuan ustaz, saya tidak pernah lulus bahasa Arab selama 3 tahun saya di sekolah. Selama saya hidup, saya juga tidak pernah berfikir untuk belajar bahasa Arab. Namun setelah hadir motivasi bersama ustaz Noorli, hati saya terbuka untuk mempelajari bahasa Arab. Syukran." - Mohammad Rushdan Kamillulah, SMK Agama Slim River, Perak.

------------------------
Apa Kata Penulis
-----------------------
Pasti sekali setelah melihat kandungan buku ini dan ceramah dan seminar yang telah saya jalankan, anda jangkakan penulisnya adalah berkelulusan tinggi dalam jurusan bahasa Arab. Betulkan! Tidak. Saya tidak mempunyai kelulusan atau berlatar belakang sekolah Arab. Saya mula mempelajari bahasa Arab secara tidak formal di Kelantan dari buku "Bahasa Arab kepada sesiapa yang tidak bercakap bahasa Arab" tulisan V. Abdeer Raheem pada usia 28 tahun(ketika itu tidak tahu membaca dan menulis jawi) - Mungkin bagi sesetengah orang, pengakuan saya ini adalah menonjolkan kelemahan saya tetapi bagi saya, ianya adalah sebagai motivasi kepada anda yang selama ini beranggapan bahawa bahasa Arab adalah bahasa tersusah di dunia dan mustahil untuk dikuasai kecualilah dengan belajar di luar negeri(satu tanggapan yang amat salah).

Saya dapati tidak seperti bahasa Inggeris, buku-buku bahasa Arab di Malaysia adalah sangat kurang terutamanya dalam membantu orang-orang yang tiada asas bahasa Arab. Saya juga amat sedih dan terkilan dengan tahap penguasaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah mempelajari bahasa Arab bertahun-tahun lamanya dan ingin menduduki peperiksaan tinggi bahasa Arab tapi masih tidak dapat membuat ayat mudah dan lengkap bahasa Arab(kalau nak tahu, ibubapa boleh menguji anak-anak mereka membuat ayat mudah dan lengkap dalam bahasa Arab). Kebanyakan pelajar hanyalah menghafal dan menulis makna perkataan dalam bahasa Malaysia tanpa ada pengentahuan dalam asas membuat ayat. Saya juga mendapati banyak guru bahasa Arab mengajar bahasa Arab dalam bahasa Malaysia dan masih tercari-cari kaedah yang mudah, menyeronokkan dan berkesan dalam pengajaran bahasa Arab. Altenatifnya, pelajar-pelajar dikehendaki menghafal perkataan sahaja.

Kesannya, pelajaran bahasa Arab menjadi susah dan membosankan. Pelajar tidak berminat untuk mempelajari bahasa Arab dan tahap kefahaman bahasa Arab dikalangan pelajar adalah sangat lemah.

Justeru ini, saya menulis buku Bahasa Arab Mudah. Saya telah melalui liku-liku pengalaman pembelajaran bahasa Arab dari permulaan dan saya telah menterjemahkan pengalaman saya dalam sistem yang terdapat dalam buku ini. Anda sebetulnya telah menjimatkan masa dan wang anda dengan mempelajari buku ini kerana sistem di dalam buku ini adalah dari pengalaman dan pemerhatian yang telah saya lalui selama mempelajari bahasa Arab. Paling penting, di hadapan anda sekarang satu sistem yang mudah, menarik dan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab. Dapatkan buku bersiri Bahasa Arab Mudah sekarang. Keputusan adalah di tangan anda.


Noorli Bin Mohd Noor

------------------------
Harga Satu Set Buku Bahasa Arab Mudah
-----------------------

Harga Buku

Buku 1 - RM20

Buku 2 - RM20

Buku 3 - RM20

Buku 4 - RM20

Buku 5 - RM20

Buku 6 - RM20

Perbualan Bahasa Arab - RM20

Kamus Bergambar - RM20

CD Bacaan Lengkap buku 1 hingga buku 6(1 cd) - RM15

CD Pembelajaran di Radio IKIM - Buku 1,2,3 dan 4(1 cd) - RM15

CD Pembelajaran di Radio IKIM - Buku 5 dan 6(1 cd) - RM15

 


Satu Set lengkap bermakna:
1. 6 Buah Buku (buku 1 hingga buku 6)
2. 1 Buku Perbualan
3. 1 Kamus Bergambar
4. 1 keping Cd Bacaan Lengkap buku 1 hingga buku 6(versi mp3)
5. 1 keping Cd pelajaran di Radio IKIM dari buku 1 hingga buku 4(versi mp3).

6. 1 keping Cd pelajaran di Radio IKIM dari buku 5 hingga buku 6(versi mp3).

*Harga promosi sekarang = RM200


PERHATIAN

Kami sekarang membuat potongan harga supaya tidak membebankan anda untuk mendapatkan set lengkap Buku Bahasa Arab Mudah. Anda hanya perlu membayar RM200 untuk set Buku Bahasa Arab Mudah. Masa tawaran ini sekarang.

Perhatian Penting : Harga ini adalah sah untuk pembeli di Semenanjung Malaysia Sahaja. Harga bagi kawasan luar semenanjung adalah seperti di bawah:

1. Sabah dan Sarawak - RM230 termasuk kos penghantaran

2. Singapura - RM280 termasuk kos penghantaran

Buku 1(RM20)

-Buku 1
-4 warna
-64 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan

 

 
Buku 2(RM20)
-Buku 2
-4 warna
-64 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
 
Buku 3(RM20)
-Buku 3
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 4(RM20)
-Buku 4
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 5(RM20)
-Buku 5
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 6(RM20)
-Buku 6
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 7(RM20)

 

-Buku 7
-4 warna
-80 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan

 

Buku 8(RM20)

 

-Buku 8
-4 warna
-80 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan

 

Kamus Bergambar(RM20)

-Kamus Bergambar
-4 warna
-93 Mukasurat
-Menampilkan contoh-contoh ayat di dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia

 

Buku Perbualan(RM20)

-Buku Perbualan
-4 warna
-83 Mukasurat
-Jawapan dan
perbualan dari kaedah-kaedah yang telah dipelajari dari buku-buku bahasa arab mudah

 

CD Bacaan Lengkap Buku 1-Buku 6 (RM15)

1 cd bacaan lengkap dari buku 1 hingga buku 6(versi mp3)

 

CD Pelajaran di Radio IKIM (RM15)

2 cd Pembelajaran di Radio IKIM dari buku 1 hingga buku 6(versi mp3)

Membantu anda dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab.

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 
 

 

 

 

 

 

 
 
 

 

 
Copyright © 2009 AE Book Enterprise | Hak Cipta Terpelihara arabmudah.com. and designed by: Templatesrain.com