AE Books Enterprise
Buku Bersiri "BAHASA ARAB MUDAH" - Produk

------------------------
Klik pada gambar setiap buku di bawah untuk melihat 5 mukasurat dalaman setiap buku bersiri "Bahasa Arab Mudah"
-----------------------
Sehingga ini, 6 buah buku bersiri BAHASA ARAB MUDAH dan 1 Kamus bergambar menampilkan contoh-contoh ayat dari perbendaharaan kata yang terpilih telah diterbitkan.

JANGAN LUPA , klikkan pada buku-buku di bawah untuk melihat 5 mukasurat dalaman bagi setiap buku bersiri "Bahasa Arab Mudah".

Buku 1
 

Buku 1 Perhatian Penting!!! Bacaan mesti mengikut susunan baris. Sebutan pada baris akhir perkataan adalah wajib kerana: a. ianya adalah pemberi makna dalam bahasa Arab dan b. pembelajaran kaedah-kaedah yang seterusnya menjadi senang.

kata isyarat هذَا dan ذلِكَ untuk kata nama هذَا. مُذَكَّرٌ adalah kata isyarat yang menunjukkan kepada sesuatu yang dekat dan ذلِكَ kepada sesuatu yang jauh(ditandakan dengan isyarat tangan seperti di mukasurat 20). Asas ini adalah sangat penting dan mesti difahami oleh pelajar.

“Nagtun” نَعْتٌ seperti besar, kecil dan cantik "كَبِيرٌ، صَغِيرٌ و جَمِيلٌ. Secara asasnya baris akhir نَعْتٌ adalah mengikuti baris akhir katanama sebelumnya seperti “كِتَابٌ كَبِيـرٌ” dan “كِتَابٌ صَغِيـرٌ”.

Perbezaan antara مَا dan مَا . مَنْ adalah soalan untuk benda dan binatang manakala مَنْ adalah soalan untuk manusia.

Buku 2
 

Buku 2 ini pembelajarannya adalah seperti buku 1. Perbezaannya hanyalah di dalam buku 2 ini, pelajar didedahkan kepada katanama muannaz. Untuk memudahkan pembelajaran peringkat asas, katanama muannaz hanyalah perkataan yang mempunyai ة pada akhirnya atau sebutan baris akhirnya berbunyi "tun" ةٌ.

kata isyarat هذِهِ dan تِلْكَ untuk kata nama هذِهِ. مُؤَنَّثٌ adalah kata isyarat yang menunjukkan kepada sesuatu yang dekat dan تِلْكَ kepada sesuatu yang jauh(ditandakan dengan isyarat tangan seperti di mukasurat 20).

“Na’tun” نَعْتٌ seperti besar, kecil dan cantik "كَبِيرَةٌ، صَغِيرَةٌ و جَمِيلَةٌ. Baris akhir نَعْتٌ adalah mengikuti baris akhir katanama sebelumnya seperti “سَيَّارَةٌ كَبِيـرَةٌ” dan “سَيَّارَةٌ صَغِيرَةٌ”.

Perbezaan antara مَا dan مَا . مَنْ adalah soalan untuk benda dan binatang sementara مَنْ adalah soalan untuk manusia.

Buku 3
 

Buku 3 ini menggarapkan lagi kefahaman pelajar pada pelajaran yang dipelajari dalam buku 1 dan 2. Latihan-latihan dan perbendaharaan kata juga adalah bertambah dan lebih mencabar.

Baris akhir perkataan selepas حَرْفُ جَرٍّ = فِي، عَلَى، مِنْ، إِلَى dan ظَرْفٌ = أَمَامَ، خَلْفَ، فَوْقَ، تَحْتَ mengambil baris bawah. Kaedah asas ini mesti difahami kerana baris akhir perkataan memberi makna dalam bahasa Arab.

Pelajaran Katanama am(نَكِرَةٌ) dan khas (مَعْرِفَةٌ) seperti perbezaan antara sebarang buku(am) - كِتَابٌ dan buku tersebut(khas) - الْكِتَابُ.

Gantinama asas iaitu saya dan kamu(lelaki dan perempuan) - (أَنَا، أَنْتَ، أَنْتِ) dan cara penggunaannya.

Pada peringkat ini, baris dibuang sedikit-sedikit untuk menguji kefahaman pelajar. Justeru itu, sebutan mengikut baris terutamanya pada akhir perkataan adalah wajib.

Buku 4
 

Buku 4 menampilkan lebih banyak kaedah-kaedah asas yang lebih tinggi dan penting. Walau bagaimanapun, pelajaran yang dibahagikan kepada muzakkar dan muannaz memudahkan pembelajaran.

Perbuatan ذَهَبَ إِلَى bermakna pergi dan خَرَجَ مِنْ bermakna keluar adalah untuk مُذَكَّرٌ manakala ذَهَبَتْ إِلَى dan خَرَجَتْ مِنْ untuk مُؤَنَّثٌ.

Katanama melebihi 1 (جَمْعٌ) dengan penggunaan kata isyarat هؤُلاءِ. Pelajaran adalah mudah kerana penerangan yang jelas serta latihan yang sistematik.

Ucapan seperti “pensil kepunyaan guru tersebut” - (قَلَمُ الْمُدَرِسِ) dinamakan مُضَافٌ وَمُضَافٌ إِلَيْهِ. Pelajaran ini sangat penting kerana tanpa memahaminya, pelajar akan hadapi masalah dalam banyak aspek bahasa Arab.

Gantinama lain turutan dari buku 3 seperti ه، هَا، هُمْ، هُنَّ dan cara penggunaannya.

Buku 5
 

Buku 5 menampilkan Katanama berakal(manusia) melebihi dari 1 dengan kata isyarat jauh (أُولئِكَ) iaitu lanjutan dari kata isyarat (هؤلاءِ). Begitu juga dengan sifat yang berbeza pada "mufrad" (مُذَكَّرٌ وَمُؤَنَّث) tetapi sama pada جَمْعٌ seperti طِوَالٌ وكِبَارٌ seperti ayat المُدَرِّسُونَ طِوَالٌ dan المُدَرِّسَاتُ طِوَالٌ.

Katanama dua seperti "2 orang guru lelaki (مُدَرِّسَانِ) atau 2 orang guru perempuan(مُدَرِّسَتَانِ) yang berakhir dengan “Alif” dan “Nun”.

Jenis-jenis prediket (أَنْوَاعُ الْخَبَرِ) yang amat penting dalam bahasa Arab. Pelajaran ini sangat penting kerana tanpa memahaminya, pelajar tidak yakin dalam membuat ayat lengkap bahasa Arab. Penerangan terperinci terdapat dalam buku 6.

Perbuatan lepas yang melibatkan pelaku sahaja “pi’lun laazimun” (قِعْلٌ لاَزِمٌ) yang mana pelaku mengambil baris depan pada baris akhir perkataan seperti سٌ pada ayat جَلَسَ مُدَرِّسٌ.

Kaedah lain seperti “bilangan tertib” اَلْعَدَدُ التَّرْتِيبِيُّ.

Buku 6
 

Buku 6 menampilkan perbuatan lepas yang melibatkan “pelaku” (فَاعِلٌ) dan “yang kena laku”(مَفْعُولٌ بِهِ). Yang kena buat dalam bahasa Arab mengambil baris atas pada akhir perkataan seperti بًا pada ayat قَرَأَ حَامِدٌ كِتَابًا. Kaedah membuat ayat yang terdiri dari 3 perkataan ini mesti difahami dalam bahasa Arab.

Turutan dari buku 4, pelajaran “jenis-jenis khabarun” (أَنْوَاعُ الْخَبَرِ) adalah sangat penting dalam menguasai asas bahasa Arab. Seterusnya pelajar belajar membuat ayat menggunakan “yang”(الَّذِي والَّتِي) yang mana akhirnya, pelajar dapat membuat ayat-ayat bahasa Arab yang lengkap, tinggi dan menyakinkan.

Perbezaan yang besar antara أُسْتَاذُ حَامد dan الأُسْتَاذُ حامد kerana (ال). Ramai yang mengambil remeh kaedah ini walaupun hakikatnya makna keduanya adalah samasekali berbeza.

Untuk makluman, buku-buku bahasa Arab tidak mempunyai baris. Justeru itu, pemahaman kepada kaedah-kaedah yang di pelajari dalam buku ini membolehkan pelajar membaca, menulis, memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Buku 7
 

Buku 7 menampilkan pembelajaran perbuatan yang telah berlaku. Ilustrasi dan cara olahan pembelajaran yang dipermudahkan dengan latihan-latihan yang padat, menarik dan berkesan menjadikan pembelajaran buku 7 ini menyeronokkan.

Pelajar juga mempelajari katanama yang berada selepas إنَّ mengambil baris atas dan maknanya adalah lebih kuat. Ikutilah pembelajaran buku 7 ini dan dapatkan kefahaman yang jelas tentang penggunaan perbuatan yang telah berlaku dan kaedah-kaedah lain yang penting dalam Bahasa Arab.

Buku Perbualan 1
 

Buku Perbualan Bahasa Arab Mudah menampilkan soalan-soalan perbualan mudah dari kaedah-kaedah mudah yang telah dipelajari dalam Buku Bersiri Bahasa Arab Mudah. Penggunaanya dengan 2 orang pelajar dimana salah seorang bertanya dan seorang lagi menjawab. Cara ini menjadikan pembelajaran Bahasa Arab Mudah menyeronokkan dan berkesan. Pelajar akan merasa yakin untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

Buku ini juga dilengkapi dengan perbendaharaan kata dan contoh-contoh ayat dalam Bahasa Arab. Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu dengan jawapan, jawapan lengkap disediakan. Makna perbendaharaan kata yang baru juga dilampirkan.

Kamus Bergambar Bahasa Arab
 

Kamus Bergambar Bahasa Arab (edisi baru - bersaiz kecil) kami adalah berbeza dari yang lain kerana ianya menampilkan contoh ayat dari kaedah-kaedah yang telah dipelajari dari buku bersiri Bahasa Arab Mudah. Terdapat 248 perbendaharaan kata dalam kamus ini yang memberi lebih kurang 500 ayat-ayat bahasa Arab yang diterjemahkan pula ke dalam Bahasa Malaysia. Setiap perbendaharaan kata disertakan dengan gambar. Berbeza dengan edisi pertama, kamus(edisi kedua) ini dibariskan kesemuanya untuk memudahkan pembelajaran.

Ingat!!! Kaedah kami bukan kaedah hafalan kerana kami tahu menghafal beribu-ribu perkataan tanpa ada pengentahuan asas menggunakan perkataan tersebut dalam membuat ayat tidak memberi banyak faedah. Justeru itu contoh- contoh ayat dalam kamus ini sangat membantu pelajar dalam mengingati kembali kaedah-kaedah yang telah dipelajari dalam buku Bahasa Arab Mudah.

Kami yakin pelajar akan dapat membaca dan memahami ayat-ayat dalam kamus ini dengan mudah terutamanya setelah habis mempelajari 6 siri buku Bahasa Arab Mudah.

CD Bacaan Lengkap Buku 1
 

CD Bacaan Lengkap Buku 1 Hingga Buku 6 dalam versi mp3memperdengarkan bacaan lengkap bersama jawapan. Ia sangat membantu anda terutama dalam bacaan yang betul pada bila-bila masa walaupun anda tidak melihat buku.

CD Bacaan Lengkap Buku 2
 

CD Pelajaran Di Radio IKIM Dari Buku 1 Hingga Buku 4 dalam versi mp3 adalah sangat membantu anda dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab Mudah. Kandungannya adalah kompilasi dari pelajaran yang keudara di radio IKIM. Kepada yang tidak dapat mengikuti pelajaran secara berterusan, maka ini adalah cd pelajaran lengkapnya.

 

 
   

 

 

 
   

 

 

 
   

 

 
   

 

 

 

Buku 1
 
 
Buku 2
 
 
Buku 3
 
Buku 4
 
Buku 5
 
Buku 6
 
Buku 7
 
Buku 8
 
Buku Perbualan Bahasa Arab Mudah
 
Kamus Bergambar Bahasa Arab (edisi kedua)
 
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
Copyright © 2009 AE Book Enterprise | Hak Cipta Terpelihara arabmudah.com. and designed by: Templatesrain.com