Real Estate Template AE Books Enterprise
Buku Bersiri "BAHASA ARAB MUDAH" - Soalan Lazim

------------------------
Soalan-soalan Lazim(FAQ)
-----------------------
1. Bolehkah saya mempelajari buku 4 dahulu tanpa mempelajari buku 1,2 dan 3?

Seperti yang kami nyatakan, pembelajaran mestilah mengikut susunan buku. Ini adalah kerana pelajaran pada buku "Bahasa Arab Mudah" adalah berkaitan antara mereka dan tanpa kefahaman buku sebelumnya, adalah susah untuk memahami buku 4.

2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mempelajari setiap buku?

Pembelajaran adalah mengikut tahap kematangan seseorang dan masa yang diluang dalam mempelajarinya. apa yang paling penting, fahamkan setiap buku dengan kefahaman yang mantap dengan membuat setiap latihan yang disediakan. Pelajaran menjadi senang dan boleh difahami kerana ianya bermula dari asas. Setiap perkataan baru disertakan maknanya pada pertengahan buku(buku 1 dan buku 2) dan di akhir buku(buku 4 hingga buku 6). Jawapan lengkap disediakan pada pertengahan buku. Lebih jelas dinyatakan bahawa buku 1 itu adalah tahap1 dan begitulah seterusnya hingga tahap 6. Justeru itu, masanya adalah sangat berbeza bagi setiap individu.

3. Pertama kali saya mendengar pembelajaran bahasa Arab tidak memerlukan hafalan. Macamana nak bagus dalam bahasa Arab kalau tak hafal. Jelaskan.

Ini adalah soalan yang mungkin banyak sekali saya terima. Ini adalah kerana sinonimnya dalam masyarakat kita, belajar bahasa Arab adalah dikaitkan dengan hafalan. Kesannya, pelajar hanya menghafal perkataan sahaja tetapi tidak dapat menggunakan perbendaharaan kata yang dihafal untuk membuat ayat-ayat dalam bahasa Arab walaupun ayat-ayat yang senang. Sistem yang terdapat dalam buku kami adalah bermula dari asas dan setiap perkataan baru disertakan dengan gambar dan makna perkataan pada bahagian tengah atau belakang buku. Pelajar mempelajari cara membuat ayat dari 2 perkataan mudah kemudian 3 perkataan dan seterusnya. Pelajar mempelajari katanama muzakkar pada buku 1 dan kemudian muannaz pada buku 2. Pelajar mempelajari perbuatan secara berperingkat bermula dari perbuatan yang telah lepas. Pelajar tidak mempelajari semua kaedah-kaedah bahasa Arab secara keseluruhan dalam waktu yang sama. Latihan-latihan disertakan selepas setiap pelajaran.Kaedah bermula dari asas dan berkaitan antara satu sama lain. Kalaulah pelajar mengikuti sistem ini dan membuat semua latihan yang disediakan, akhirnya mereka akan dapat membuat ayat-ayat lengkap dalam bahasa Arab dengan yakin. Pada tahap inilah, perbendaharaan kata yang banyak akan menolong mereka. Untuk lebih penjelasan, dengarkan wawancara penulis, Noorli bin Mohd Noor di radio 24.

4. Bagaimanakah cara yang berkesan mempelajari buku bersiri Bahasa Arab Mudah.

Secara amnya, anda melakukan dua perkara penting ini:
a. Mulakan pembelajaran dari buku 1. Ikut turutan buku dan pelajaran.
b. Lakukan semua latihan yang disediakan. Jika anda was-was dengan jawapan anda, rujuk kepada jawapan alternatif pada tengah mukasurat setiap buku.

Lapangkan masa lebih kurang 15 atau 20 minit sehari pada peringkat permulaan dan tambahkan masa dari semasa ke semasa apabila minat semakin bertambah.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan mudah pada sistem buku bersiri Bahasa Arab Mudah?

Mudah yang kami maksudkan adalah sistem atau kaedah pembelajaran yang mudah.

Pelajar pada permulaannya mempelajari kata nama dahulu dan kata nama dalam bahasa Arab terbahagi kepada "muzakkar" dan "muannaz". Tidak seperti bahasa Malaysia, kata nama "muzakkar" dan "muannaz" dalam bahasa Arab ini juga merujuk kepada benda(bukan sahaja manusia). Kata nama benda yang berakhir dengan "tun" adalah muannaz yang dipelajari dalam buku 2.

Kefahaman kepada pembelajaran asas ini membuka ruang kepada mudahnya pembelajaran yang seterusnya kerana banyak perkara dalam bahasa arab terutamanya cara-cara pembuatan ayat bergantung kepada kefahaman "muzakkar" dan "muannaz".

Seperti yang kami nyatakan, pelajar melakukan 3 perkara:
a. luangkan lebih kurang 15 minit sehari mempelajari buku ini
b. mulakan dari buku pertama
c. siapkan semua latihan

Jika perkara di atas dilakukan, insyaAllah sistem pembelajaran buku ini adalah mudah. Jika perkara di atas tidak dapat dilakukan, maka sistem ini tidak lagi menjadi mudah kepada pelajar.

Justeru itu, fahamilah bahawa 'mudah" adalah merujuk kepada sistem atau kaedah pembelajaran. Selebihnya, ia bergantung kepada anda untuk mengambil peluang ini dan memulakan pembelajaran bahasa Alquran ini.

Sebarang masalah atau kemusykilan, sila emel kepada kami, norzuly66@hotmail.com. Kami sentiasa membantu.

Perhatian penting: Ada dikalangan individu yang hanya melihat secara kasar buku-buku kami dan terus membuat andaian bahawa ianya adalah susah untuk dipelajari tanpa mempelajarinya terlebih dahulu seperti yang kami sarankan. Nasihat kami kepada anda supaya lakukan pembelajaran seperti yang kami nyatakan pada nombor 4 dan lihat sendiri hasilnya. InsyaAllah, anda akan menguasai asas bahasa Arab yang kuat selepas mempelajari buku 6.

 

 

 

Buku 1
Untuk melihat 5 contoh dalaman buku 1, klik halaman produk
 
Buku 2
Untuk melihat 5 contoh dalaman buku 2, klik halaman produk
 
Buku 3
Untuk melihat 5 contoh dalaman buku 3, klik halaman produk
Buku 4
Untuk melihat 5 contoh dalaman buku 4, klik halaman produk
Buku 5
Untuk melihat 5 contoh dalaman buku 5, klik halaman produk
Buku 6
Untuk melihat 5 contoh dalaman buku 6, klik halaman produk
Kamus Bergambar Bahasa Arab
Untuk melihat 5 contoh dalaman Kamus Bergambar Bahasa Arab, klik halaman produk
 
Copyright © 2009 AE Book Enterprise | Hak Cipta Terpelihara arabmudah.com. and designed by: Templatesrain.com