Real Estate Template AE Books Enterprise - KT02033783-A

Website Yang Mesti Dilayari Oleh Sesiapa Yang Beranggapan Bahasa Arab Adalah Susah Dan Membosankan!!!

Buku Bersiri "Bahasa Arab Mudah" buku yang membantu anda menguasai asas bahasa Arab yang kuat. Hayatilah sistem mudah, menyeronokkan dan berkesan dari buku ini.

Bahasa Arab susah dan membosankan!! Kini Tidak lagi!! Buku bersiri Bahasa Arab Mudah dengan pembelajaran bermula dari asas daripada penulis yang hanya mula belajar bahasa Arab ketika berusia 28 tahun

"Buku yang ditulis dari dari kajian, pemerhatian dan pengalaman untuk pembelajaran mudah bahasa Al-Quran daripada paling asas. Buku yang sangat membantu sesiapa yang berminat walaupun belum pernah mempelajari bahasa Arab sebelumnya. Selamat tinggal kepada susah dan bosan. Laluilah pengalaman pembelajaran yang mudah, menyeronok tetapi berkesan dari buku bersiri Bahasa Arab Mudah."

 


 

PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI RADIO IKIM - Menggunakan Buku Bersiri Bahasa Arab Mudah

1. Klik kotak atas untuk mendengar pembelajaran buku 5 Bahasa Arab Mudah di Radio IKIM


2. Gambar buku terbaru(cetakan 2012) adalah di sebelah kanan anda. Gambar atas adalah kulit buku versi lama. Harap ambil perhatian kerana laman web masih dalam proses kemas kini.

 

Facebook.com/arabmudah

Sekarang anda boleh berkomunikasi dan mendapat pelajaran tambahan dari Ustaz Noorli di facebook.com/arabmudah. Tekan like sekarang.

 

BERITA BAIK

1. Ustaz Noorli akan bersiaran di Radio IKIM pada 15 Februari 2012, hari rabu jam 2.30 petang. Pembelajaran ini akan berterusan sebanyak 2 kali sebulan pada minggu ke-2 dan ke-4, hari rabu, jam 2.30 petang. Pembelajaran terkini adalah menggunakan buku 5 dan perbualan buku 1.

Set lengkap terkini Buku Bersiri Bahasa Arab Mudah adalah:

a. Buku Bersiri Bahasa Arab Mudah(Buku 1-buku 8) edisi baru yang berwajah baru cetakan 2012, buku perbualan 1 dan kamus bergambar yang menampilkan contoh ayat dari perbendaharaan kata dari buku bahasa arab mudah. (Keseluruhannya 10 buah buku).

b. CD bacaan lengkap buku 1(1cd), buku 2(1cd), buku 3(2cd), buku 4(2cd) - bacaan baru dan cd pembelajaran di Radio IKIM (versi mp3-1 cd). (Keseluruhannya 7 keping cd)

BERITA TERKINI

1. Kami(AE Books Enterprise- Bahasa Arab Mudah) akan berada di EKSPO BUKU 1 MALAYSIA dari 1 Februari(rabu) hingga 6 Februari(isnin) 2012 di Ruang legar PWTC dari jam 9.30 hingga 9 malam. Jumpa disana!!!!!

2. Kelas Bahasa Arab Mudah akan bermula pada hari Jumaat, 17 Februari 2012 terbuka kepada pelajar dari tingkatan 1-5. Kelas ini hanya di Kota Bharu, Kelantan sahaja. Maklumat lanjut, hubungi 014-5490779/ 019-9354122.

KAMI BERTERIMAKASIH ATAS SAMBUTAN ANDA MENDAPATKAN SET LENGKAP BUKU BAHASA ARAB MUDAH. SEMPENA PELANCARAN BUKU BAHASA ARAB MUDAH - EDISI BARU, KAMI MEMBUAT POTONGAN HARGA ISTIMEWA (RM230( harga asal rm305 + 25(pos laju) = rm330))

Harga buku bersiri BAHASA ARAB MUDAH edisi baru(10 buah buku), cd bacaan lengkap(buku 1- buku 4) dan cd pembelajaran diRadio IKIM(buku 1,2 dan 3) adalah RM305 dan kos penghantaran dengan pos laju adalah RM25. Jumlah keseluruhan adalah RM330. Anda hanya perlu membayar RM230 untuk set buku dan cd yang tersebut diatas termasuk kos penghantaran dengan Pos Laju. Masa tawaran ini adalah terhad.

 


Setelah yakin dengan keberkesanan Buku Bahasa Arab Mudah, akhirnya buku ini telah diguna pakai di Yayasan Islamic Center Iqro' di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. Justeru itu, penulis telah dijemput untuk memantap pengajaran guru guru bahasa arab di Indonesia pada 18, 19 dan 20 Februari lepas.

Penulis dalam satu ceramah kepada guru-guru bahasa Arab jemputan
Jabatan Pelajaran Johor

Penulis bersama peserta bengkel iaitu guru-guru bahasa arab sekolah menengah agama jemputan Jabatan Agama Negeri Johor selama 1 hari pada 17 Jan 2011 di hotel katerina, Batu Pahat, Johor

Penulis bersama pentadbir, mudir dan sebahagian dari guru-guru bahasa arab di seminar pengajaran di yayasan Iqrak di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia pada 18 dan 19 Februari lepas

------------------------
Adakah Anda Seorang Dari Mereka?
-----------------------

*Individu yang telah berusaha mempelajari bahasa Arab (mungkin telah memasuki banyak kelas bahasa Arab) sebelum ini tetapi tidak berjaya?

*Guru bahasa Arab yang tidak tahu dimanakah titik mula pengajaran bahasa Arab dari asas dan cara mudah, menarik dan berkesan untuk mengajar anak murid anda?

*Ibubapa yang ingin mengajar anak-anak di rumah tetapi tidak tahu caranya kerana tidak ada asas bahasa Arab?

*Pelajar yang telah lama mempelajari bahasa Arab tetapi masih lemah dan tidak berkeyakinan walaupun untuk membuat ayat-ayat senang yang lengkap?

------------------------
Ahh! Tak payah. Buku Ni Tak Sesuai Untuk Saya!
-----------------------
Biar saya beritahu anda sesuatu. Lihat kalimah ini:كِتَابٌ

Adakah anda dapat membaca satu perkataan arab ini? Jika tidak boleh, harap maaf, anda mesti mempelajari sedikit asas jawi seperti mempelajari buku Iqra' sebelum mempelajari buku ini. Jika boleh, ini bermakna buku bersiri Bahasa Arab Mudah ini adalah untuk anda. Ini adalah langkah pertama anda untuk mempelajari bahasa Arab dan langkah pertama anda dalam mencintai seterusnya menerokai pembelajaran bahasa Al Quran ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah langkah berikut ini.

Luangkan lebih kurang 15 atau 20 minit sehari(jauh kurang dari masa berbual kosong atau menonton tv) mempelajari buku bersiri Bahasa Arab Mudah dan lakukan 2 perkara penting ini:

1. Mulakan dari pelajaran 1 buku 1 sehinggalah ke akhir buku bersiri ini. Ingat, Jangan lompat. Turuti pembelajaran mengikut susunan tertibnya.

2. Lakukan semua latihan yang disediakan.

Hanya itu sahaja. Saudaraku, kaum muslimin dan muslimat, korbanlah sedikit masa mempelajari bahasa Al Quran ini. Apabila anda merasai keseronokan mempelajari bahasa Al Quran dari buku Bahasa Arab Mudah ini, tambahkan sedikit masa lagi dari semasa ke semasa. Lihatlah, insyaAllah, anda akan dapat menguasai asas bahasa Arab yang kuat.

------------------------
Masalah Lagi!!! Tak Mungkin Boleh!!! Anda Mungkin Mempunyai Alasan Berikut:
-----------------------

1. Saya hanya boleh baca dan tulis jawi sikit-sikit

Sudah memadai. Sistem ini tidak memerlukan kefasihan dalam pembacaan jawi. Tentang penulisan, membuat semua latihan yang disediakan akan mempertajamkan kemahiran dalam penulisan. Maknanya anda hanya perlu mempunyai sedikit asas sahaja dalam mengenal huruf jawi dan boleh membacanya jawi sedikit seperti kalimah iniكِتَابٌ

2. Saya tak kuat dalam hafalan sebab memori dah lemah

Sistem tidak memerlukan hafalan. Maknanya, anda tidak perlu menghafal.

3. Saya bukan guru bahasa Arab

Bahasa Arab bukan untuk guru bahasa Arab sahaja bahkan bukan untuk Orang Arab sahaja. Bahasa Arab adalah untuk seluruh orang islam, muslimin muslimat yang ingin memahami AlQuran dari sumber bahasa wahyu yang di turunkan oleh Allah iaitu dalam bahasa Arab.

4. Sibuk. Nanti pencen baru belajar.

Rebutlah peluang ini seperti makna hadeeth: Hidup sebelum mati, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan kelapangan sebelum sibuk.

Seperti yang dijelaskan, luangkan sebanyak lebih kurang 15 atau 20 minit sehari mempelajari buku ini pada permulaannya dan tambahkan sedikit demi sedikit bila minat dan kefahaman mula bertambah, insyaAllah anda dapat melihat kesannya.

Fikirlah:

Saya mempelajari bahasa Arab ketika berusia 28 tahun dan tidak tahu membaca dan menulis jawi sebelumnya (tetapi boleh baca Al Quran). Saya juga bukan berlatar belakang sekolah arab dan tak pernah mempelajari asas jawi atau arab semasa di bangku sekolah. Sekarang, seperti yang anda lihat, saya dengan izin Allah adalah pengajar dan penulis buku. Kalau saya boleh, mengapa tidak anda?

Demonstrasi dibawah oleh pelajar tahun 2 (berusia 9 tahun) yang bukan pelajar dari sekolah arab (pelajar dari sekolah kerajaan) dapat menguasai asas bahasa Arab dan membaca teks bahasa arab tanpa baris dengan lancar di hadapan guru-guru bahasa Arab di PPD Kota Bharu. Kalau dia boleh, mengapa anda tidak boleh?

------------------------
Demonstrasi Dari Seorang Pelajar Sekolah Rendah Tahun 2 Yang Mempelajari Buku Bahasa Arab Mudah Membaca Teks Bacaan Bahasa Arab Yang Ditulis Tanpa Baris Di Hadapan Guru-Guru Penyelaras Dan Setiausaha Kelas KAFA Di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu, Kelantan
-----------------------

 

 

------------------------
Mengapa Buku Bahasa Arab Mudah Berbeza Dari Yang Lain
-----------------------
Pelajaran yang sangat senang difahami kerana bermula dari asas. Gambar-gambar berwarna yang disertai bersama perbendaharaan kata menjadikan pembendaharaan kata mudah diingat tanpa perlu menghafal dan mudah diikuti walaupun anda tidak pernah belajar bahasa Arab sebelum ini. Ingat!! Anda tidak menghafal.

Ayat-ayat ditulis dengan 3 warna, pengasingan pembelajaran muzzakar dan muannaz dan latihan selepas setiap pelajaran bersama jawapan yang lengkap sangat membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan.

Kamus bergambar bahasa Arab yang menarik menampilkan contoh-contoh ayat dari kebanyakan perbendaharaan kata dari buku bersiri Bahasa Arab Mudah.

------------------------
Buku Bersiri "Bahasa Arab Mudah" Mendapat Liputan Berita Harian
-----------------------

Keratan Berita Harian 25 Februari 2009, m/surat 33

------------------------
Pengenalan Tentang Penulis
-----------------------
Beliau adalah seorang yang tidak berlatar belakang sekolah Arab(tidak tahu menulis atau membaca jawi sebelumnya) dan hanya mula belajar bahasa Arab ketika berusia 28 tahun. Beliau bukanlah berkelulusan bahasa Arab dari mana-mana universiti dalam atau luar negeri. Namun demi cintanya kepada bahasa Arab(bahasa Al-Quran), beliau telah membuktikan minat dan kesungguhan boleh membuahkan kejayaan dengan izin Allah.

Sistem Buku Bahasa Arab Mudah yang TIDAK MENGHAFAL, BERMULA DARI ASAS DAN SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR telah dikenali dan telah membawa satu perubahan besar dalam menjadikan Bahasa Arab bahasa yang mudah dan menarik untuk dipelajari oleh semua orang.

Beliau kini memberi pembelajaran Bahasa Arab di Radio IKIM. Sistemnya terbukti kerana pengacara, Maslina Alias hanya dapat memahami pembelajaran Bahasa Arab dari Ustaz Noorli semasa bersiaran. Ikuti pembelajarannya pada minggu 2 dan minggu 4, hari rabu jam 2.30 petang.(jadual tertakluk kepada perubahan). Maklumat lanjut tentang Ustaz Noorli dan Bahasa Arab Mudah sentiasalah layari www.arabmudah.com @ facebook.com/arabmudah.

Beliau telah pernah dijemput oleh JABATAN PELAJARAN NEGERI(JPN), PEJABAT PELAJARAN DAERAH(PPD), JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI, SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DAN SWASTA untuk ceramah dan seminar kepada guru-guru bahasa Arab j-QAF dan KAFA di sebahagian negeri di Malaysia dan memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dan swasta. Pada tahun 2011 ini sahaja, beliau telah dijemput oleh Jabatan Agama Islam Johor untuk seminar kepada guru-guru Bahasa Arab sekolah menengah Negeri Johor. Beliau juga telah dijemput oleh Yayasan Islam Iqraq, Jawa Barat, Indonesia untuk seminar kepada guru-guru Bahasa Arab disana. Buku Bahasa Arab Mudah karangan beliau insyaAllah akan diguna pakai disana setelah “pilot project” yang diadakan selama setahun telah memberi kesan kepada pelajar-pelajar disana.

Beliau kini telah menghasilkan buku Bersiri Bahasa Arab Mudah dan sehingga kini telah menghasilkan 9 buah buku bersiri cd bacaan dan cd pembelajaran Bahasa Arab Mudah. Buku-buku ini telah dijadikan rujukan kepada kebanyakan guru-guru Bahasa Arab dan telah digunakan disekolah-sekolah swasta seperti Sekolah Rendah Islam ADNI, Taman Ukay, Selangor.

Sistem pembelajaran dari bukunya juga telah pernah diguna pakai dalam peperiksaan ujian pencapaian kelas KAFA oleh JAWATANKUASA BERSAMA MAJLIS GURU BESAR KOTA BHARU dengan kerjasama PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA BHARU.

Beliau juga telah mendapat penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas sumbangannya sebagai penceramah pedagogi bahasa Arab untuk guru agama pendidikan islam program j-QAF negeri Johor tahun 2006 dan penceramah bahasa Arab tahun 2007.

Dibawah, sijil penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas sumbangan penulis sebagai penceramah pedagogi bahasa Arab untuk guru-guru j-QAF. Disertakan juga sebahagian gambar seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab oleh penulis, Noorli Bin Mohd Noor.

 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

------------------------
Testimoni
-----------------------
"Alhamdulillah, setelah mengikuti kursus bahasa Arab ini, saya dapat mempelajari ilmu bahasa Arab dengan begitu mendalam walaupun saya mempunyai asas yang sedikit dalam bahasa Arab. Saya tidak berkeyakinan untuk mengajar dan bertutur dalam bahasa Arab. Saya menuntut di sekolah agama selama 5 tahun tetapi saya tidak dapat ilmu seperti yang diajar oleh ustaz Noorli. Semenjak mengikuti kursus ini, saya amat berminat untuk mempelajari bahasa Arab yang dulunya saya tidak berminat. Saya amat berharap agar dapat diadakan kursus bahasa Arab seperti yang disampaikan oleh ustaz Noorli!" - Shahriyatul Izzati Binti Shamsuri, peserta kursus di Jabatan Agama Islam Perlis

"Sekalung ucapan yang tidak terhingga daripada kami, warga Sekolah Kebangsaan Perol khususnya daripada guru-guru KAFA kepada penulis buku bahasa Arab, saudara Noorli Bin Mohd Noor. Apa yang kami cukup kagumi tentang penulis adalah beliau sebenarnya tidak berpendidikan sekolah Arab, namun mempunyai paradigma, halatuju, wawasan dan cita-cita memertabatkan bahasa Arab, bahasa Al-Quran ke puncak jaya. Hasil penulisan beliau telah menjadi rujukan kepada semua murid KAFA yang akan menduduki peperiksaan UPKK juga kepada sesiapa yang ingin mempelajari asas bahasa Arab." - Guru-guru KAFA, "in house training" Sekolah Kebangsaan Perol, Kota Bharu, Kelantan

"Saya adalah bekas pelajar di salah sebuah sekolah agama di Kelantan. Terus terang saya nyatakan bahawa pembelajaran bahasa Arab yang diajar di sekolah adalah amat sukar difahami dan tidak sesuai dengan pelajar-pelajar yang langsung tidak mempunyai asas bahasa Arab. Saya dapati saya lemah dalam bahasa Arab dan kurang berminat sehinggalah saya menghadiri kelas bahasa Arab kelolaan ustaz Noorli. Penguasaan saya dalam bahasa Arab adalah dengan bimbingan Ustaz Noorli walaupun saya hanya menghadiri kelas bahasa Arab bimbingan beliau sebanyak 3 kali seminggu. Cara pengajaran dan sistem Universiti Madeenah yang dibawa oleh beliau adalah menarik dan berkesan bukan sahaja kepada saya tetapi rakan-rakan kelas. Saya akhirnya mendapati bahawa bahasa Arab bukanlah suatu bahasa yang sukar untuk dipelajari tetapi mudah dan menarik kalaulah mengikut sistem atau kaedah yang betul. Bukti sistem dan pengajaran beliau yang berkesan adalah dapat dilihat dengan kejayaan saya yang akan mendaftar sebagai pelajar KURSUS ASASI BAHASA ARAB DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA selama 5 tahun bermula pada pertengahan May 2009 ini.Terimakasih Ustaz Noorli. Jasa mu ku kenang." - Muhd Dhiaq Bin Mohd Noor, pelajar UIAM Kursus Asasi Bahasa Arab

Saya amat bersyukur dengan bengkel bahasa arab hari ini. Saya juga adalah pendengar setia Bahasa Arab Mudah di Radio IKIM. Saya amat berminat mempelajari dan cuba memahami kaedah-kaedah mudah yang dijelaskan oleh ustaz Noorli. Saya amat berterimakasih kepada penganjur (Jabatan Agama Islam Johor) kerana menjemput Ustaz Noorli sebagai facilitator. Harapan saya semoga program ini dapat diteruskan." - Peserta bengkel Bahasa Arab anjuran Jabatan Agama Islam, Johor, Ustazah Norhabibah Mohd Yusof, Guru nahu dan sorof, SMA Attarbiah Al-islamiah, Batu Pahat, Johor

Pada pandangan saya, bengkel ini sangat bagus sekiranya disertai pelajar-pelajar sekolah. InsyaAllah, dengan cara ini, mereka akan dapat mengentahui cara untuk menguasai Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan. InsyaAllah, saya akan praktikkannya di dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah." - Peserta bengkel Bahasa Arab anjuran Jabatan Agama Islam, Johor, Ustazah Siti Aisyah Bt. Idris, Guru Sekolah Arab, Johor Bharu

------------------------
Apa Kata Penulis
-----------------------
Pasti sekali setelah melihat kandungan buku ini dan ceramah dan seminar yang telah saya jalankan, anda jangkakan penulisnya adalah berkelulusan tinggi dalam jurusan bahasa Arab. Betulkan! Tidak. Saya tidak mempunyai kelulusan atau berlatar belakang sekolah Arab. Saya mula mempelajari bahasa Arab secara tidak formal di Kelantan dari buku "Bahasa Arab kepada sesiapa yang tidak bercakap bahasa Arab" tulisan V. Abdeer Raheem pada usia 28 tahun(ketika itu tidak tahu membaca dan menulis jawi) - Mungkin bagi sesetengah orang, pengakuan saya ini adalah menonjolkan kelemahan saya tetapi bagi saya, ianya adalah sebagai motivasi kepada anda yang selama ini beranggapan bahawa bahasa Arab adalah bahasa tersusah di dunia dan mustahil untuk dikuasai kecualilah dengan belajar di luar negeri(satu tanggapan yang amat salah).

Saya dapati tidak seperti bahasa Inggeris, buku-buku bahasa Arab di Malaysia adalah sangat kurang terutamanya dalam membantu orang-orang yang tiada asas bahasa Arab. Saya juga amat sedih dan terkilan dengan tahap penguasaan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang telah mempelajari bahasa Arab bertahun-tahun lamanya dan ingin menduduki peperiksaan tinggi bahasa Arab tapi masih tidak dapat membuat ayat mudah dan lengkap bahasa Arab(kalau nak tahu, ibubapa boleh menguji anak-anak mereka membuat ayat mudah dan lengkap dalam bahasa Arab). Kebanyakan pelajar hanyalah menghafal dan menulis makna perkataan dalam bahasa Malaysia tanpa ada pengentahuan dalam asas membuat ayat. Saya juga mendapati banyak guru bahasa Arab mengajar bahasa Arab dalam bahasa Malaysia dan masih tercari-cari kaedah yang mudah, menyeronokkan dan berkesan dalam pengajaran bahasa Arab. Altenatifnya, pelajar-pelajar dikehendaki menghafal perkataan sahaja.

Kesannya, pelajaran bahasa Arab menjadi susah dan membosankan. Pelajar tidak berminat untuk mempelajari bahasa Arab dan tahap kefahaman bahasa Arab dikalangan pelajar adalah sangat lemah.

Justeru ini, saya menulis buku Bahasa Arab Mudah. Saya telah melalui liku-liku pengalaman pembelajaran bahasa Arab dari permulaan dan saya telah menterjemahkan pengalaman saya dalam sistem yang terdapat dalam buku ini. Anda sebetulnya telah menjimatkan masa dan wang anda dengan mempelajari buku ini kerana sistem di dalam buku ini adalah dari pengalaman dan pemerhatian yang telah saya lalui selama mempelajari bahasa Arab. Paling penting, di hadapan anda sekarang satu sistem yang mudah, menarik dan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab. Dapatkan buku bersiri Bahasa Arab Mudah sekarang. Keputusan adalah di tangan anda.


Noorli Bin Mohd Noor

------------------------
Harga Satu Set Buku Bahasa Arab Mudah
-----------------------

Harga Buku

Buku 1 - RM20

Buku 2 - RM20

Buku 3 - RM20

Buku 4 - RM20

Buku 5 - RM20

Buku 6 - RM20

Buku 7 - RM20

Buku 8 - RM20

Perbualan Bahasa Arab (Buku 1) - RM20

Kamus Bergambar - RM20

CD Bacaan Lengkap Buku 1(1 cd) - RM15

CD Bacaan Lengkap Buku 2(1 cd) - RM15

CD Bacaan Lengkap buku 3(2 cd) - RM30

CD Bacaan Lengkap buku 4(2 cd) - RM30

CD Pembelajaran di Radio IKIM - Buku 1,2 dan 3(1 cd) - RM15



Satu Set lengkap bermakna: (Buku 1 hingga buku 8 + Perbualan Bahasa Arab Mudah + Kamus Bergambar + 6(enam) Cd Bacaan Lengkap buku 1,2,3 dan 4 + 1(satu) cd pembelajaran Bahasa Arab Mudah di Radio IKIM(buku 1,2 dan 3) versi mp3.


*Harga Set lengkap = RM200 + RM105(7 Cd bacaan) + RM25(penghantaran dengan pos laju) = RM330

PERHATIAN

Kami sekarang membuat potongan harga supaya tidak membebankan anda untuk mendapatkan set lengkap Buku Bahasa Arab Mudah. Anda hanya perlu membayar RM230 untuk set lengkap dan penghantaran dengan pos laju adalah cepat dan selamat insya Allah. Tawaran ini terhad.

Anda hanya perlu bayar RM230 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN DENGAN POS LAJU MALAYSIA).

(BUKU YANG TELAH DIBELI TIDAK BOLEH DIPULANGKAN DAN KAMI TIDAK AKAN MEMULANGKAN WANG PEMBELIAN.)

Perhatian Penting : Harga ini adalah sah untuk pembeli di Semenanjung Malaysia Sahaja. Harga bagi kawasan luar semenanjung adalah seperti di bawah:

1. Sabah dan Sarawak - RM270 termasuk kos penghantaran

2. Singapura - RM320 termasuk kos penghantaran

Buku 1(RM20)

-Buku 1
-4 warna
-64 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan

 

 
Buku 2(RM20)
-Buku 2
-4 warna
-64 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
 
Buku 3(RM20)
-Buku 3
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 4(RM20)
-Buku 4
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 5(RM20)
-Buku 5
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 6(RM20)
-Buku 6
-4 warna
-72 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan
Buku 7(RM20)

-Buku 7
-4 warna
-80 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan

 

Buku 8(RM20)

-Buku 8
-4 warna
-80 Mukasurat
-Jawapan dan
Perbendaharaan
kata disediakan

 

Buku Perbualan Bahasa Arab mudah(RM20)

-Buku Perbualan 1
-4 warna
-78 Mukasurat
-Jawapan disediakan

 

Kamus(RM20)

-Kamus Bergambar
-4 warna
-132 Mukasurat
-Contoh-contoh ayat dalam bahasa arab beserta terjemahan didalam bahasa malaysia

 

CD Bacaan Lengkap Buku 1(RM15)

cd bacaan lengkap buku 1

Bacaan yang dibaca bersama jawapan membantu anda dalam bacaan buku satu(1) yang betul.

CD Bacaan Lengkap Buku 2(RM15)

cd bacaan lengkap buku 2

Bacaan yang dibaca bersama jawapan membantu anda dalam bacaan buku dua(2) yang betul.

CD Bacaan Lengkap Buku 3(RM15)

cd bacaan lengkap buku 3 (side A)

Bacaan yang dibaca bersama jawapan membantu anda dalam bacaan buku tiga(3) yang betul.

CD Bacaan Lengkap Buku 3(RM15)

cd bacaan lengkap buku 3 (side B)

Bacaan yang dibaca bersama jawapan membantu anda dalam bacaan buku tiga(3) yang betul.

CD Bacaan Lengkap Buku 4(side A)(RM15)

cd bacaan lengkap buku 4 (side A)

Bacaan yang dibaca bersama jawapan membantu anda dalam bacaan buku empat(4) yang betul.

CD Bacaan Lengkap Buku 4(side B)(RM15)

cd bacaan lengkap buku 4 (side B)

Bacaan yang dibaca bersama jawapan membantu anda dalam bacaan buku empat(4) yang betul.

CD Pembelajaran Radio IKIM Buku 1, 2, 3(RM15)

cd wawancara

Wawancara antara penulis dan peneraju Radio IKIM
(versi mp3)

 

 

 

 

 
 
 

 

 
Copyright © 2009 AE Book Enterprise | Hak Cipta Terpelihara arabmudah.com. and designed by: Templatesrain.com